SELAMAT DATANG

Menerima tempahan segala macam jenis biskut, yang diadun sempurna, dibuat di rumah [Home Made]. Insya Allah kualitinya terjamin sedap. Sila hubungi Pn Hamimah 017-692 9693

Apa Jua Jenis Chips

Saya akan siapkan tempahan tuan/ puan/ cik dengan kadar segera namun kualitinya terpelihara. Insya Allah!

Biskut Semperit

Bersedia menerima tempahan dari anda, dari dapur saya ke rumah anda!. Insya Allah!

Choco Chips

Diadun secara sempurna... Rasai kerangupannya dan kenikmatannya .... Insya Allah!

Cup Cakes - pelbagai jenis!

Bersedia menerima tempahan pelbagai jenis cup cakes dengan harga yang berpatutan!!! Insya Allah, Dari kami kepada anda...

:::: Ahlan Bikum ::: Selamat Datang ::: Ke Blog Rasmi Hamimah's Cookies :::: Terima Kasih ::::

Saturday 4 January 2014

CUP CAKE

Kali ni nak share resepi cupcake mudah dan pantas! Memandangkan eden selalu je lapar kat rumah, pastu macam dah lame je tak membuat acara baking2 bagai ni, tu yang meghajinkan diri try resepi cupcake mudah ni.  Banyak dapat resepi cupcake yang berbeza-beza, daku ambik resepi cupcake yang senang & cepat! Comel, sedap, lazat & lemak berkrim pulak tu. Cane nak buat?
Bahan-bahan resepi cupcake mudah :
  •  150 gram mentega (den pakai buttercup)
  • 185 gram tepung menaiki diri sendiri naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • 3 bijik telur
  • 1 sudu kecik esen vanila
Bahan untuk butter icing :
  • 250 gram mentega (1 pek buttercup)
  • 150 gram shortening (lemak sayuran)
  • 250 gram gula icing (ayak sambil berkayak) – boleh kurangkan ikut sedap tekak
  • 2 sudu besau susu segar *optional*
  • pewarna sesedap rasa ekauu
Cara buat cupcake :
  • Panaskan oven , pakai suhu 180°C
  • Ayak hincek tepung dengan soda bikarbonat, ketepikan
  • Memula, pukul mentega dengan gula kastor sampai kembang (warna putih2 gitu)
  • Masuk telur sebijik demi sebijik dan esen vanila. Sambung pukul lagi
  • Masukkan tepung yang dah di ayak sekali dengan soda bikarbonat tadi slow & adun sampai sebati. (time adun ni, mixer tu pakai kelajuan yang paling slow)
  • Dah setel, kalau korang nak taruk choc chips sebagai penambah perisa pun boleh. Den ade parut choc cadbury tu and masukkan dalam adunan. Gaul pakai spatula je.
  • Pastu, boleh terus masuk dalam cawan kertas (souffle cup). Letak separuh je or 3/4 dari cawan tu.
  • Bakar lebih kurang 10 – 15 minit, suhu 180°C
  • Untuk butter icing pulak, pukul mentega, gula icing & shortening sampai kembang dan putih.
  • Kalau korang nampak adunan tu tak berapa nak lembut, masukkan susu segar. Kalau buat time cuaca panas, takyah masuk susu sebab adunan tu akan lembut sendirian berhad.
  • Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang korang nak, titiskan pewarna & kacau.
  • Pastikan cupcake betul2 sejuk before letak butter icing. Boleh deco pakai segala jenis hiasan yang disukai.



Friday 3 January 2014

RESIPI SEMPRIT



Biskut samprit biskut yang digemari warga veteran, tak lengkap raya tanpa samperit, jadi jom kita tinjau resipinya. Resipi ini menghasilkan kira-kira 40 biji biskut samperit atau lebih, mengikut kadar pam anda

Bahan-bahannya:
  1. 100 gram tepung gandum
  2. 100 gram tepung jagung
  3. 100 gram tepung kastad
  4. 52 gram gula halus
  5. 150 gram marjerin/mentega/minyak kelapa sawit
  6. 1 biji telur ayam
  7. setitik esen vanila
  8. kismis, badam, ceri, kurma dan biji gajus untuk hiasan

Thursday 2 January 2014

BISKUT - hand made!


Assalaamualaikum wbt ...

Saya Pn Hamimah menyediakan bersedia membekalkan biskut buatan tangan atau secara home made untuk sebarang majlis sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang dan Ijok.

Insya Allah kualit biskut adalah terpelihara dan boleh menyiapkan dalam 200-300 bekas sehari dengan izin Allah Taala.

Bayaran adalah berbaloi dan bertepatan dengan kualiti biskut yang diberikan Insya Allah. Kebiasaannya biskut saya ditempah sepanjang tahun oleh Ust Rosdi, salah sorang perawat Islam di team PEBATAP, Bandar Tasik Puteri Rawang, Selangor. Rujuk blog PEBATAP : www.muallijbtp.blogspot.com.

Keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan saya di talian 017-692 9693

BORANG TEMPAHAN

Nama:
No HP/ Tel:
Jenis Biskut Nak Oder :
Kuantiti :
Cara Ambil :
Pembayaran : 50% pembayaran
70% pembayaran
90% pembayaran
100% pembayaran
Keperluan : Segera [dalam seminggu]
2 Minggu lagi
3 Minggu lagi
4 minggu lagi
Nyatakan tarikh ...